Tuesday, October 26, 2010

Kenapa Nama 'Neraca Kehidupan'

Inilah pertama kalinya aku berkesempatan untuk mewujudkan blog sendiri. Banyak benda yang perlu aku pelajari dalam membina blog yang baik dan menarik dengan tujuan yang satu iaitu untuk menyatukan ummah dan mencari keredhaan Illahi, Allah S.W.T.

Pada mulanya aku berfikir-fikir kenapa aku nak buat laman blog ni.. Setelah berfikir banyak kali, mungkin ini sebagai landasan atau platform dalam membina kehidupan yang sejahtera dan bahagia bersama keluargaku yang tersayang.

Neraca Kehidupan merupakan perjalanan hidupku mulai sekarang dalam meningkatkan keimananku kepada Yang Maha Esa dan juga membentuk keharmonian dalam kekeluargaan dan masyarakat sekeliling. Semoga Allah S.W.T merahmati niatku ini.

Wassalam.